BBB,
03 Sha`ban 1438H. = 30 April 2017M. (Ahad):
Dua istilah di atas, iaitu `al-Buwadah dan al-Hujum` dapat diterjemahkan
kepada makna `Spontan dan Pertapakan
(Hajama bererti Menyerang).
Dalam huraian ringkas oleh Al-Qushairy
terhadap dua perkataan di atas, bahawa:
Al-Buwadah ialah apa yang berlaku secara mengejut ke atas
hatimu daripada dimensi waktu pada
ketika dirimu dalam keadaan riang atau di dalam keadaan kedukacitaan.
Manakala `al-Hujum` apa yang datang ke atas
hati dengan kekuatan suasana waktu yang tanpa dibuat-buat. Dia adalah berlainan
dari segi jenis menurut kuat warid atau sebaliknya. Ada yang berubah dari segi
buwadah dan kesan impak dari hujum. Antara mereka mengatasi kejutan, hal dan kekuatan waktu,
sebagaimana dipuisikan:
Jangan
berpandu pada pakaian zaman kepada mereka
Bagi mereka ada pengendali juru cakap bersama.
Apa yang diberi pengertian di atas, ianya
adalah merupakan tahap-tahap yang
berlaku kepada hati dan perubahan yang berlaku padanya.
Apa yang dimaksudkan ialah proses yang
berlaku pada hati (sebenarnya juga terlibat
akli dan rohani).
Di
dalam memahami berhubung dengan warid
yang datang dengan mengejut dan sponton ini sekali lagi kita menggunakan kaedah
perbandingan antara pengalaman yang biasa dilalui dan alami dengan
pegalaman hati-rohani yang merupakan
bidang yang khusus dan tersendiri dan sukar difahami apa lagi bagi yang tidak
mengetahui berhubung dengan bidang hati-rohani ini. Namun kita berkeyakinan
sebagaimana kita pernah berulang kali menyebut bahawa pengalaman seni dan
perjalanan kualitinya, apa lagi yang memuncak kepada Ilahi ada persamaan,
walaupun tidak sepenuhnya sama dengan pengalaman tasawuf.
Disebutkan oleh Al-Qushairy berhubung dengan
sesuatu yang warid, kadang datang secara mnengejut kepada seorang menjalani
aspek kerohanian. Perkara yang seumpama ini berlaku di dalam bidang seni. Bagi seorang seniawan
idea, hati nuraninya sering fokus mencari bagi mendapat sesuatu bagi bahan
seninya, katakan tema, tajuk dan persoalan bagi sesebuah puisinya. Dicari dan
dintai melalui pengalaman, pembacaan dan interaksinya dengan masyarakat, alam
dan kuasa tertinggi, namun tidak semestinya mencapai tujuan. Musim kekeringan
mungkin berlaku bukan sehari, seminggu, bahkan hingga berbulan.
Sesuatu yang bersifat ilham adalah kurniaan
dari Tuhan, kadang-kadang apa yang dinamakan idea, tema, persoalan, cetusan
sesuatu dapatan, tidak jangka, kadang-kadang, misalnya terjaga dari tidur
tengah malam, atau berdepan dengan keindahan dan peristiwa tertentu yang
menyentuh hati, kadang-kadang dari
peristiwa gembira, lebih-lebih lagi duka dan menyayat hati spontan dan segera
mencetuskan ilham yang baik dan indah yang tidak disangka-sangka tercetus dan
menjelma. Apa yang disifatkan sebagai, terkaman, tekanan (hujum), bahawa
sesuatu cambahan ilham ini perlu dilayan oleh seniawan dan suasana adalah
mendesak dirinya bukan setakat layan, tetapi hendaklah mencatat cetusan ilham
ini agar tidak hilang dan dapat diolah pada masa berikut. Apa yang disifatkan
sebagai serangan terhadap minda ini merupakan paksaan yang seharusnya diberi
respond terbaik, jika tidak dia akan kehilangan sesuatu yang berharga. Jika
ditangguh cetusan yang datang untuk dicatat besoknya, biasanya dia tidak datang
sebaik dan seindah cetesan awalnya. Jika ditangguh mood yang diusaha dibawa
datang untuk esok, tidak sama datangnya dan tidak jarang, ianya langsung tidak
menjadi.
Berhubung dengan cetusan secara sponton
yang berlaku kepada pengamal aspek
rohani – tasawuf. Perlu diingat kehidupan sufi, bukan kehidupan sekali sekali
yang jika mahu boleh terlibat dan jika tidak mahu boleh ditarik diri bagi
tempoh masa tertentu. Keterlibatan
dengan bidang kerohanian adalah keterlibatan secara berterusan, di dalamnya
dialami, bahkan dilatih diri dengan kepahitan hidup, misalnya mengalami suasana
kafaqiran jiwa, kekesalan silam dan bagaimana menebusnya dalam kekinian, kesal
dengan ketidakmampuan diri menunaikan tuntutan rohani.
Dalam bidang rohani tiada siapa yang dapat
menentukan dia diterima atau ditolak. Tetapi tahap-tahap yang dilalui dan
peningkatana menandakan kurniaan-kurniaan. Misalnya timbulnya keinsafan bagi yang bergelumang dengan dosa dan
kesalahan, tidak kira sebab yang membawa kepada keinsafan sama ada menerima
bala dan ujian kematian orang yang dikasihi, atau dia sendiri mengalami
kemalangan yang menginsafkan, atau hidayah yang dicampakkan di dalam hatinya
selepas menghadiri pengajian-pengajian, maka saat menerima hidayah secara spontan dapat dikira
sebagai `mengejut` bagi yang menerimanya. Seharusnya bagi yang menerimanya
bersyukur kepada Allah dengan apa yang diterima dari kurniaNya.
Peristiwa-peristiwa yang mengejut dan
spontan juga boleh berlaku dalam menghadapi dan mengalami proses peningktana
kualiti diri misalnya selepas daripada taubat, menukarkan wataknya daripada seorang
yang berpoya-poya kepada hidup yang sederhana, kalau dulu seorang yang kedekut
bertukar watak menjadi seorang yang pemurah dan bersifat kasihan belas, suka
menderma, menolong orang-orang yang susah, khususnya terhadap anak-anak yatim
dan faqir miskin. Perubahan yang baik yang diterima secara sponton akibat dari
keinsafan, menjadikan seorang perungus, kasar kepada bersifat sabar, tawadhu`
an menghormati orang. Akhirnya meningkat
menjadi seorang yang bertaqwa, tawakkal , ikhlas dan syukur.
Ciri-ciri perubahan di atas boleh berlaku
kepada ramai orang yang mungkin berlaku
perubahan disebabkan oleh sebab-sebab yang berlainan yang dialami seseorang.
Keinsafan yang berlaku bukan dibuat-buat dan bagi yang mencapainya tidak
mendakwa dengan pencapaian, tetapi hal dirinya dapat dilihat dari luar oleh
mereka yang ada hubungan dan rapat dengannya.
Keinsapan yang dikurnia secara sponton oleh
Tuhan terhadap seseorang adalah peningkatan yang positif bagi seseorang sama
ada kesedaran secara akhlak melalui
orientasi kehidupan dan masyarakat sekeliling atau melalui disiplin secara
treratur menurut dididkan dan latihan kesufian. Ianya adalah menandakan
peningkatan perjalanan kualiti diri bagi seseorang yang menjalaninya yang
seharusnya ia bersyukur dengannya kepada Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment