BBB, 21 Sha`ban 1438H. = 18 Mei 2017M.
(Khamis):
Bab setrerusnya yang dibicarakan oleh
Al-Qushairy yang tidak berkait dengan maqam dan hal ialah `Diam` (al-S*umt).
Al-Qushairy berdalilkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh `Abdullah bin Yusuf
al-As*bahani berkata, bercakap kepada kami oleh Abu Bakar Muhammad bin
al-Husain al-Qat*t*ani berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Yusuf al-Sulami
berkata, bercakap kepada kami `Abdul Razzak berkata, bercakap kepada kami
Mu`ammar daripada al-Zuhri daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah berkata,
bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat maka janganlah dia menyakiti
jirannya, dan siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
muliakan tetamunya dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
hendaklah dia berkata perkara yang baik atau lebih baik dia diam.`` (Hadith
riwayat Bukhari-Muslim dan Abu Da`wud).
Sebuah lagi Hadith yang dibawa oleh
Al-Qushairy, bahawa:
Mengkhabarkan kami `Ali bin Ahmad bin
`Abdan berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin `Ubaid berkata mengkhabarkan kami
Bashar bin Musa al-Asadi berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Sa`id al-As*bahani
daripada Ibn al-Mubarak daripada Yahya bin Ayyub daripada `Ubadillah bin Zahar
daripada `Ali bin Zaid daripada Al-Qasim daripada Abi Umamah daripada
`Uqbah bin `Amir bekata:
``Wahai Rasulallah, apakah kejayaan ? Maka
bersabda Baginda, ``Peliharalah di atas engkau lidah engkau dan luaskanlah
rumahmu dan tangisilah kerana
dosa-dosamu.``
Dan berkata Al-Ustaz (Al-Qushairy)
menghuraikan maksud `diam`. Diam adalah selamat., iaitu asal dan bermaksud `kesal`, kerana datang
larangan. Maka wajib mengambil iktibar padanya oleh shara` daripada suruh dan
tegah dan diam pada waktu-waktu yang menunjukkan sifat kelakian, sebagaimana
bercakap tentang tajuknya yang sesuai juga daripada sifat yang terpuji.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq
berkata,
``Siapa
yang diam daripada kebenaran, maka dia adalah syaitan yang bisu dan diam
adalah daripada adab yang baik.``
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan apabila dibaca Al-Qur`an, maka
hendaklah kamu mendengar kepadanya dan hendaklah kamu diam semoga kamu mendapat
rahmat.`` (Al-A`raf: 204).
Dan firman Allah Ta`ala mengkhabarkan
tentang jin ke hadhrat Rasulillah s.a.w. bermaksud:
``Maka tatkala mereka menghadhirnya, maka kata mereka itu hendaklah
kamu diam.``(Al-Ahqaf: 29). Dan firman Allah bermaksud:
``Dan diam khusyuklah segala suara kepada
Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, sehingga engkau tidak mendengar melainkan
bunyi yang amat perlahan.`` (Taha: 108).
Dan diam terbahagi dua, diam secara zahir
dan diam hati dan hati kecil. Orang bertawakkal diam hatinya daripada menerima
kadar rezeki dan yang arif diam hatinya bersamaan dengan hukum yang
dimuwafakatkan sebagaimana maksud puisi:
Berlari padamu segala berlaku
Duka selinap bersama berlalu.
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, , aku
mendengar Mimshadz al-Dinauri berkata:
``Para hukama` mewariskan hikmah secara
diam dan tafakkur.``
Berkata setengah hukama``, Adapun dijadikan
insan lidah yang satu dan dua mata dan dua telinga yang dia melihat dan
mendengar sepatutnya lebih banyak daripada berkata-kata.``
Diceritakan bahawa Ibrahim bin Adham
dijemput ke satu majlis. Apabila ramai tiba dalam majlis, mereka bercaka-cakap
dan mengumpat. Maka kata Ibrahim,
``Kebiasaan kita memakan roti sebelum daging, tapi kalian lebih mengutamakan memakan
daging.`` Sindirannya difahami yang hadir termasuk sikap mereka (mengumpat) adalah sebagaimana firman Allah,
bermaksud:
``Adakah suka salah seorang daripada kamu
memakan daging saudaranya yang telah mati, maka tentulah kami benci memakannya.``
(Al-Hujurat: 12).
Kata mereka itu, ``Diam ialah lidah orang
bersifat lemah lembut (hilm) dan pelajarlah bagaimana bersikap diam,
sebagaimana engkau belajar untuk bercakap. Sesungguhnya kalam kadang-kadang
memberi pertunjukan dan kesilapan, tapi diam adalah membetulkan.``
Adalah dikatakan, ``Diam bagi orang awam
ialah dengan lisan, diam bagi `arifin dengan hati mereka dan diam bagi yang
muhibbin (yang cinta) dengan rahsia jiwa mereka.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,
aku mendengar `Abdullah bin Muhammad
al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad bin Nas*r al-S*aigh berkata, aku mendengar Mardawaih
al-S*aigh berkata, aku mendengar Al-Fudhail bin `Iyadh berkata,
Siapa yang mengira percakapannya dan
membandingkan dengan amalannya, nescaya dia mengurangkan percakapannya,
melainkan kepada perkara yang bermanfaat.
Lantaran itu jagalah lidah, jagalah kalam
utamakan diam menyelamatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment