May 20, 2017

KONSEP KHAUF (TAKUT) - BERBAGAI PENDAPAT


BBB,  22 Sha`ban 1438H. = 19 Mei 2017M. (Juma`at):
Khauf adalah bermakna takut dan termasuk di bawah hal.
Bagi permulaan bab ini,  Al-Qushairy bertolak dari ayat Al-Qur`an berhubung dengan khauf yang bermaksud:
``Mereka berdo`a kepada Tuhan mereka dengan penuh takut dan harap.`` (Al-Sajdah: 18).
Kemudian diikuti dengan sabda Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin `Abdus al-Hiri al-`Adl berkata, mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin Ahmad bin Dalwayh al-Daqqaq berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yazid berkata, bercakap kepada kami `Amir bin Abi al-Qurat berkata, bercakap kepada kami Al-Mas`ud daripada Muhammad bin `Abd al-Rahman daripada `Isa bin T*alhah daripada Abi Hurairah berkata,
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, ``Tidak masuk neraka, siapa yang menangis kerana takutkan Allah Ta`ala sehingga terus mengalir susu dari seorang ibu dan tidak berhimpun debu pada jalan Allah dengan asap api Jahannam pada batang hidung seorang hamba selama-lamanya.``(Hadith riwayat al-Rafi`e).
Seterusnya dikemukan oleh Al-Qushairy sebuah lagi  Hadith berhubung dengan takut ini,
Bercakap kepada kami Abu Nu`aim Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Mahrajani berkata, bercakap kepada kami Abu Muhammad `Abdullah bin Muhammad bin al-Husain bin al-Sharafi berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Hashim berkata, bercakap kepada kami Yahya bin Sa`id al-Qat*t*an berkata, bercakap kepada kami Shu`bah berkata, bercakap kepada kami Qatadah daripada Anas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kurang ketawamu dan nescaya  banyak tangismu.`` (Hadith Bukhari dan Tirmidzi).
Seterusnya Al-Qushairy memberi ta`rif tentang al-khauf, katanya, ``Al-Khauf bererti sesuatu yang berkait dengan masa depan. kerana bahawa sesungguhnya apa yang ditakutkan bahawa terjadi dengannya sama ada secara terpaksa atau hilang sesuatu yang dikasihi dan adalah ini tidak berlaku melainkan bagi sesuatu yang terhasil pada masa depan. Dan khauf tidak tertakluk dengannya.
Dan takut daripada Allah Ta`ala bahawa dia takut diaklbatkannya oleh Allah Ta`ala sama ada di dunia atau pun di akhirat. Sesungguhnya Allah Ta`ala telah memfardhukan ke atas hamba-hambaNya supaya takut kepadaNya. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
``Maka takutlah, jika kamu orang-orang beriman (Ali `Imran: 175).
Dan firmanNya lagi yang bermaksud:
``Maka hendaklah kepadaKu kamu menyembah.`` (Al-Nahl: 51)
Dan Dia memuji orang muminin yang takut, dengan firmanNya yang bermaksud:
``Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berkuasa ke atas mereka.``(Al-Nahl; 50).
Seterusnya dipetik pendapat-pendapat sufi tentang takut:
``Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq berkata, ``Takut adalah di atas martabat khauf, khashyah dan al-haibat, dan khauf daripada syarat iman dan perkaitan dengannya, lantaran Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman bermaksud: ``Takutlah kepadaKu jika kamu orang-orang yang beriman.`` ( (Ali Imran: 175),
Dan al-Khashyah adalah dari syarat ilmu. Firman Allah T`ala bermaksud:
``Sesungguhnya yang takut kepada Allah ialah dari kalangan `ulama.`` (Fat*ir: 28)..
Dan haibat ialah daripada syarat ma`rifat. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan dia  memperingatkan kamu terhadap diriNya.`` (Ali `Imran: 28).
Aku mendengar Al-Shaykh Aba `Abd al-Rahman  al-Sulami berkata, aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Hiri berkata,  aku mendengar Mahfuz* berkata, aku mendengar Aba H*afs* berkata,
``Takut ialah camti Allah yang dihukum dengannya.`` Berkata Abu al-Qasim al-Hakim, takut di atas dua jenis. Menggerunkan (ru`bah)  dan takut orang gerun cuba lari dari yang ditakuti dan takut khashyah berlindung kepada Tuhan.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Razi berkata, aku mendengar,  Aba `Uthman berkata, aku mendengar Aba Hafs* berkata,
``Khauf adalah pelita hati yang melihat apa yang di dalamnya daripada kebaikan dan kejahatan.``
Berkata Shah al-Karmani, ``Alamat takut ialah duka yang berterusan.``
Dan berkata Abu al-Qasim al-Hakim, ``Siapa takut daripada sesuatu, dia lari daripadanya dan siapa takut kepada Allah `Azza wa Jalla dia lari kepadanya.``
Berkata Abu `Uthman, ``Takut sebenarnya ialah wara` daripada melakukan dosa zahir dan batin.``
Berkata Dzu al-Nun al-Misri, `` Manusia berada di atas jalan yang betul selama ada ketakutan apabila dia gelincir daripada takut dia sesat daripada jalan yang betul.``
Berpuisi Al-Ustadz `Ali al-Daqqaq:
Hatimu tenang dengan hari-hari yang tenteram
Tidak takut dengan takdir baik-buruk mendatang
Engkau mengingati malam yang menggerunkan
Tapi  hanya satu dari malam terhapus oleh harapan.

Demikianlah berbagai-bagai pendapat mengenai takut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment