BBB, 04 Sha`ban 1438H. = 01 Mei 2017M.
(Isnin):
Dua istilah tidak begitu dibicarakan di
kalangan sufi yang lain, tetapi dikemukakan dan disenaraikan oleh Al-Qushairi. Istlah
dimaksudkan ialah `al-Talwin` dan `al-Tamkin.``
Makna
al-talwin dari segi loghah, ialah `kepelbagaian warna`, `kepelbagaian
pengalaman.
Tetapi sebagaimana yang diberi makna oleh
Al-Qushairy ialah `sifat kepelbagaian ahwal`,
kepelbagaian ujian dalam perjalananan
kerohanian, sifat jiwa yang belum mantap, atau proses hal jiwa dalam menuju
kemantapan.
Al-Tamkin dari segi loghah, mendapat,
mencapai tujuan, kedudukan dan ketenangan.
Manakala
istilah `al-tamkin` dari segi istilah ialah, bertapak, tetap, berpeluang
menguasai dan mantap.
Dapat difahami antara dua istilah di atas
ada jurang perbezaan, al-talwin, ialah
peringkat permulaan dari segi perjalanan kualiti kerohanian dan masih terus
mendapat ujian, manakala al-tamkin sudah bertapak dan mantap. Juga bererti
mencapai matlamat dan ketenangan.
Dilihat dari segi proses pendidikan, baik
pendidikan formal biasa seperti pengajian persekolahan dari peringkat rendah
hingga kepada peringkat tertinggi dan juga proses pendidikan kerohanian melalui
pendekatan dan guru kerohanian, bahawa konsep talwin adalah biasa, bahkan
perlu, tanpa melalui proses sedemikian
seorang yang dididik tidak mencapai kematangan dan kejayaan. Dan
pendidikan memakan masa dan melalui pentahapan dan yang dididik perlu sabar
dengan berbagai ujian. Keadaan yang sama juga harus dilalui oleh yang melalui
pendidikan rohani. Dia mesti melalui
peringkat bawah dari segi keilmuan dan juga mesti bermula dari bawah
bagi pendidikan kerohanian. Tanpa pendidikan sedemikian tidak akan mencapai
kejayaan. Adalah dilihat melalui pendidikan pentahapan dan memakan masa ini
adalah terbaik bagi mencapai kematangan. Tanpanya tidak akan mencapai
kematangan. Pentahapan secara berubah, dan menuju kepada pemantapan memang proses
yang terdapat di dalam pendidikan kerohanian. Sebagai contoh pentahapan dan
peningkatan memang proses biasa melalui tahaf khauf, raja`, ikhlas, shukur dan
taqwa. Bahkan aspek-aspek maqam, juga mencerminkan perubahan dan peningkat,
sebagai contoh seperti taubat, zuhd, sabar, faqr, tawadhu`, tawakkal dan redha
juga menggambarkan proses dan perkembangan yang berlaku dan berlakunya
peningkatan kualiti bagi yang terlibat
di dalam pengajian yang bersifat kerohanian.
Pendek kata al-talwin adalah proses biasa
yang seharusnya dilalui oleh setiap orang yang melalui aspek pendidikan. Aspek
talwin dan kepelbagaian ini sebenarnya memperkayakan pembelajaran dan
pengalaman yang dapat meningkatkan kualiti
yang dididik dan mutu pendidikan itu.
Jelas persoalan berkenaan dengan talwin
adalah menjadi pendekatan di dalam bidang pendidikan. Bagaimana pula dengan
konsep tamkin ?.
Sebagaimana kata Al-Qushairy ``Sifat atau
gambaran ahli al-haqa`iq`
Aspek talwin mudah kita tanggapi dan
memahami, kerana ianya berada di atas landasan biasa pendidikan. Bagaimanakah
hakikat sebenarnya orang bertahap hakikat ini. Aspek ini lenih sukar untuk
dikenal pasti, bahkan sukar untuk dibicarakan – Orang yang mantap dengan
ilmu-ilmu hakikat.
Mantap dan tamkin bagi keilmuan umum dan
akademik mudah dilihat. Tahap tinggi mereka
dengan tanda kelulusan mereka
seperti Dr. Falsafahm lebih dari itu
drngan kepakaran mereka dianugerah title
misalnya profesor yang mencerminkan
pencapaian akademik mereka. Walau macam mana pencapaian kelulusan pada
peringkat Dr. Falsafah, bukan bererti dia
mahir di dalam bidang, Lantaran selepas lulus, kalau dia kaku dari
kegiatan ilmiah, menghasilkan buku dan penulisan dan berbagai lagi kegiatan
akademik maka dia sukar berkembang dan mungkin
berlalu dan menghilang. Kepakaran dan pencapaian seseorang dalam bidang
akademik, bukan dari dakwaan pemilik lulusan tertnggi, tetapi lebih diiktiraf
dari segi penyelidikan dan berbagai kegiatan keilmuan. Pengiktirafan adalah
dilakukan pihal lain, dan bukan oleh individu berkenaan dan jelas dari segi
kelayakan.
Masalah yang lebih rumit ialah konsep
tamkin yang dinisbahkan kalangan sufi,
bagaimana kriteria menilainya dan bagaimana mempastikan bahawa seorang sufi itu
mantap – tamkin dengan kedudukannya. Sudah tentulah setiap sufi yang
benar-benar sufi tidak mau mengaku apa lagi untuk meletakkan diri pada tempat
tertentu, jika demikian dia tidak layak sebagai seorang sufi. Untuk mengenal
pasti secara yang lebih selamat, ialah dengan mengambil contoh ketara dan tidak
dapat dipertikaikan, sebagai contoh Nabi Allah Yusof sebagai seorang yang
mantap dari segi kerohanian, sedang adik beradiknya serta juga Zulaikha adalah
mereka yang pernah berada pada tahap rendah dari segi kedudukan. Hidup adik
beradik Nabi Allah Yusof ditalwin dengan sifat hasad dengki dengan tindakan
untuk membunuhnya dan sifat berdusta terhadap bapanya Nabi Allah Ya`kob. Banyak
pengalaman yang mereka lalu dari berbagai warna kehidupan dan unjian yang
akhirnya membawa mereka kepada keinsafan. Begitu juga dengan Zulaikha diuji
dengan sifat nafsu syahwat dengan menggoda Nabi Allah Yusof yang membawa ujian
terhadap Nabi Yusof sehingga ia terpenjara, hinggalah beliau keluar dari
penjara dan akhirnya hidup sentosa bersama keluarganya. Contoh bagi yang
mencapai peringkat tamkin, khususnyua dari segi kerohanian adalah Nabi Allah
Ya`kob yang memperlihatkan sifat tabah dan sabar sehingga akhirnya ujian
terhadapnya dari karinah anak-anak dapat diselesaikan. Juga contoh dari segi
tamkin ialah Nabi Allah Yusof sendiri yang banyak menghadapi ujian sejak dari
remaja dibuang ke perigi buta, terjual sebagai hamba, menghadapi godaan
Zulaikha yang menyebabkannya terpenjara sehinggalah konflik dapat diselesaikan.
Sudah tentulah contoh yang paling utama dari segi ketamkinan ialah Nabi
Muhammad s.a.w.
Adapun dari tokoh sufi sendiri, sebagaimana
disebutkan tidak mungkin kalangan mereka meletakkan diri mereka pada tempat tertentu
dari segi kerohanian, sebarang pengakuan dan meletekkan diri mereka, bererti
menjatuhkan diri mereka sendiri. Walau bagaimana contoh tamkin dari kalangan
sufi ialah dari sebutan dan pentarafan yang diberi oleh kalangan sufi terhadap
sufi-sufi berkenaan seperti diterima dikalangan mereka ialah seperti Al-Junayd
al-Baghdadi, Ibrahim al-Adham, Shaqiq al-Balakh, Sahl al-Tustari, Al-Harith al-Muhasibi, al-Ghazali dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment