May 23, 2017

MENCARI AKAR TRADISI MELAYU DAN MERIMBUN SUBURKANNYA


BBB,  25 Sha`ban 1438H. = 22 Mei, 2017M. (Isnin)



Mengikuti apa yang diperkatakan oleh Dr. Mohd. Alinor bin Abd. Kadir di dalam Wacana 40 Tahun BBB, di pinggir Tasik Cempaka pada pagi Sabtu 20 Mei 2017 adalah berlainan dari catatan beliau yang diedarkan, iaitu berkenaan Tomes Pires  (1512 – 11515) dari bukunya Suma Oriental mengenai Melaka.  Namun dari apa yang diperkatakan dapat Penulis  rumuskan bahawa beliau memperkatakan tentang`Akar Tradisi Melayu`.   Penulis mengolah sesuai dengan tajuk artikal  di atas.
Melayu adalah `Bangsa Pelaut` yang mendiami kawasan laut yang amat luas bermula dari Gugusan Pulau-Pulau Melayu di Lautan Pasifik meluasa ke  barat hingga ke Madagascar, ke Utara hingga ke Taiwan, ke timur hingga ke Hawai,  ke pulau-pulau Soloman dan ke Selatan hingga ke Australia. Bukti kaitan hubungan mereka ialah berdasarkan dapatan  linguistik yang dikaji oleh pakar-pakar bahasa. Di ruang alam luas terbentang budaya mereka  dipengaruhi suasana laut. Mereka bergerak melalui perahu-perahu primitif yang merupakan teknologi kenderaan awal dan alat perhubungan mereka. Kewujudan mereka dikesan sejak dari zaman neolithic sebagai terbukti dari Perak man dan Java man.
 Kawasan ini sejak tradsi berada di bawah dua pengaruh iaitu  K un Lun (Chin)  dan Dvipantara (India). Sebelum Masihi berlaku perubahan politik  di utara kawasan dikenali dengan Khemir yang mempunyai pertalian dengan Melayu yang dikenali dengan Champ. Kemudian diikut dengan kerajaan Funan. Bermula dengan kerajaan-kerajaan ini  masuknya Hindu.
Menurut Ptolemy geographer Italy pada abad ke 2M. Bahawa kawasan Polynisia  pada masa ini turut termasuk  di bawah pengrauh India. Menurut Ferrand yang membuat catatan (132M.) bahawa Jawa pasa nasa itu sudah jelas di bawah pengaruh Hindu. Ini ditulis oleh  Coedes di dalam bukunya berjudul `The Indianized States of Southeast Asia.
Kerajaan Melayu yang jelas dengan kawasan pemerintahan dan struktur politiknya yang terpisah dari kerajaan Funan ialah Kerajaan Srivijaya berpusat di Sumatera  (Abad k 7 – 12M) dan meluas pengaruhnya ke Langkasuka di kawasan Melayu di selatan Thai dan Tanah Melayu sekarang. Pengaruhnya ketara di Borneo, kawasan-kawasan dari Tanah Besar dari selepas  Funan seperti Kamboja, Loas, Siam, Vietnam sampai ke selatan seperti Jawa, di Borneo adalah di bawah pengaruh budaya  Hindu. Pengaruh bahasa Sanskrit adalah meluas. Ini dapat di kesan istilah-istilah Sanskrit begitu banyak sekali di dalam bahasa Melayu sebagaimana di dalam bahasa-bahasa yang lain di bawah pengaruh Hindu ini. Maksud Hindu ini termasuklah pengikut Buddha yang sampai ke negeri Cina yang juga berasal dari India. Ada kaitan pengaruh karya Mahabharata – Upanishad dengan Nagara Kartagama bahkan kepada karya tempatan yang lebih kemudian seperti Hikayat Hang Tuah.
Selain dari kesan pada bahasa, begitu banyak artifek-artifek sebagai tinggalan dari pengaruh Hindu, iaitu sebagaimana terdapat di sekitar Bukit Seguntang seperti prasasti Kedukan Bukit, Prasasti Sungai Mahakam di Borneo. Bukti pengaruh Hindu yang ketara sepert Angkor Watt di Kemboja, maka demikian dengan  Borobodor di Jawa. Di Malaysia seperti di Kedah. Sumatera pada masa itu juga menjadi pusat pengajian Hindu antaranya I Chin yang singgah belajar dengan guru Dharmakarti di Sumatera sebelum bertolak ke India di Nalanda sebagai pusat pengajian yang lebih tinggi. Pengaruh Hindu berterusan dari awal abad Masihi hingga ke Abad k 12M.


Dapatlah dikatakan nilai yang datang bersama kebudayaan Hindu adalah penambahan nilai budaya Melayu setempat yang sedia ada pada masa itu.
Rantau Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu yang disifatkan sebagai Golden Khersonese (Semenanjung Emas) adalah menjadi jalan bukan saja bagi perniagaan, tetapi juga kepercayaan dan dapatlah juga dikatakan masyarakat Melayu di rantau sebelah sini adalah bernasib baik, kerana ianya dilalui dan didatangi budaya-budaya tinggi dan masyarakat di sini adalah menjadi pemilih yang teliti dan bijaksanana. Apabila dakwah Islam tiba di Alam Melayu pada  akhir abad ke 13, masyarakat di sini memilih agama Islam yang mempunyai akidah yang kukuh dan nilai keilmuan dan peradaban yang tingg.   Pada  1280an didapati sudah ada perutusan dari Pasai ke Cina bernama Hasan dan Sulaiman yang menandakan bahawa negeri itu telah nenerima Islam. Ini dibuktikan lagi dengan tarikh kematian Sultan al-Mnalikul Salih pada kuburannya bertarikh (1297M.). Ibn Battutah melawat Pasai pada akhir abad k 13M dan membuat catanan berkenaan Pasai  di d alam bukunya berjudul Rihlah Ibn Battutah. Bukti keislaman  diperkukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 4 Rejab 702H. = 22 Februari 1303M (Jumaat). Ini menandakan bukan saja penerimaan agama, tetapi tradisi intelektual yang mana melalui penerimaan Islam melalui agama Islam tradisi membaca menjadi budaya masyarakat. Islam dan keilmuan Islam berkembang melalui pusat-pusat keislaman dan keilmuan pada peringklat awal seperti mel;aui Pasai, Terengganu,  Melaka, Aceh, Patani, Demak, Sulu dan berbagai tempat sehingga Islam diterima menyeluruh di Alam Melayu.


Kalau pada zaman Hindu sebelum ada tradisi menulis pada helaian manuskrip, banyak dokumen dan prasasti adalah terakam pada batu bersurat di dalam tulisan Sanskrit, Palava dan kemudian di dalam, bahasa tempatan. Dalam masa perkembangan Islam terhasil  banyak manuskrip bertulisan tangan di berbagai-bagai pusat pengajian keislaman sehingga dikatakan jumlah manuskrip Melayu melebihi dari 15,000 naskhah yang tersimpan di pusat-pusat atau muzium tempatan dan juga berada di luar negara seperti di Leiden, di London, Di Rusia dan berbagai-bagai tempat lagi. Jika setengah negeri bermegah dengan hanya dengan ada beberapa buah manuskrip, tetapi bahasa dan peradaban Melayu adalah merupkan antara bangsa yang kaya dengan munuskrip dan artifak-artifak yang seharusnya dikaji dan menjadi bukti  akan peradaban dan tamadu Melayu.
Dalam menerima bahan dan pengaruh luar kita kira, kita seharusnya bersifat terbuka dan memeilih yang baik untuk generasi kita. Keadaan yang sama sikap terbuka juga seharusnya berlaku terhadap gelombang ketiga yang berlaku dan masih berlaku, bermaksud gelombang dan pengaruh Barat, yang walaupun setengahnya bersifat negatif tapi jauh lebih banyak yang positif.  Ibarat seorang yang banyak mendalami berbagai ilmu pengetahuan dan banyak menghimpun pengalaman menjadi seorang yang berilmu dan bijaksana dalam tindakan maka dia dihormati dan dikagumi. Maka demikianlah   bahawa segala tamadun dan peradaban yang berlaku pada pihak lain dan masuk ke dalam budaya kita, seharusnya tidak dianggap sebagai negatif, tapi ia adalah membijaksanakan kita . Ianya seharusnya diadun dengan peradaban dan tamadun kita. Pokoknya ianya adalah peradaban bangsa manusia yang antara satu sama lain seharusnya turut mengambil manfaat bersama.
Persoalan dan perbicaraan di atas menjelaskan bahawa kita amat kaya dengan   nilai budaya, bahan-bahan artifek yang mencerminkan ketinggian tamadun dan peradaban kita sama ada bersifat tempatan dan adunan dari yang mendatang. Namun semuanya ini masih berupa bahan mentah yang berharga yang menunggu mereka yang pakar di dalam bidang-bidang berkenaan mengolah dan membina imej  unggul bagi negara bangsa yang kita kasihi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment