BBB, 01 Ramadhan 1438H. = 27 Mei 201`7
(Sabtu):
Tajuk `Tawadhu` pada asalnya disekalikan
pembicaraan oleh Al-Qushairy. Memandangkan tajuk ini penting dan jika
disekalikan kurang jelas untuk
pembezaan. Telah dibicarakan bahawa, khushu` adalah gambaran seorang yang berada pada ketenangan, seperti di dalam solat atau di
dalam mengikuti pengajaran atau penghayatan terhadap sesuatu yang diberi
tumpuan tinggi. Timbul kekhushukan ini oleh adanya persediaan dalaman, bahkan
luaran yang membawa orang khushu` itu ke tahap ke khusyukan yang dicapai.
Adapun tawadhu` ialah perlakuan peribadi
seseorang yang berjiwa lembut dari orientasi keilmuan dan pembawaan peribadi. Dia biasanya
bersifat lembut, amat menghormati orang lain. Tawadhu` dapat dilihat dari cara
pergaulan yang dengan penghormatan dan pembawaannya dihormati sebagaimana dia
menghormati orang. Tawadhu` adalah tergolong di bawah sifat-sifat terpuji yang
menjadi identiti bagi yang bersifat tawadhu`. Perlu diingat tawadhu` adalah di
bawah sifat terpuji dan tidak boleh disifatkan kelemahan, kerana jika berlaku
demikian, maruah perlu dipertahankan. Contoh tawadhu` sebagaimana digambarkan Rasulullah
s.a.w di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri bahawa
Rasulullah s.a.w. menunggang unta, menolong kerja rumah, menampal kasutnya yang
koyak, menjahit bajunya yang carit, memerah susu biri-biri dan makan bersama
khadam dan mengisar gandum. Baginda tidak malu membawa barangnya sendiri
daripada pasar untuk keluarganya. Baginda bersalam dengan orang kaya dan orang
faqir dan Baginda memberi salam awal kepada yang ditemui dengan wajah manis.``
Baginda juga digambarkan:
``Menziarahi orang sakit, mengiringi
janazah, menunggang himar dan menunaikan permintaan seseorang`, yang perbuatan
ini adalah tidak menjatuhkan maratabat Baginda dan tidak menandakan sifat tawadhu` Baginda.``
Mencatat oleh Al-Qushairy, bahawa:
``Tawadhu` ialah penerimaan yang benar, dan
tidak mencanggahi hukum.``
Cerita berhubung dengan tawadhu` dikaitakan
dengan Sayiduna `Umar al-Khattab, walaupun sebagai seorang khalifah, dia
berbaring di bawah pokok tamar dengan
kesan-kesan tikar melekat pada tubuhnya.
Cerita juga dikaitkan dengannya, bahawa
pada malam hari dia keluar bagi mengetahui keadaan rakyatnya. Dikatakan dari
jauh dia milihat api dari sebuah khemah. Apabila didekati dilihat seorang ibu
sedang memasak batu, bagi melalaikan anaknya yang sedang lapar itu. Melihat
keadaan, menimbulkan keinsafan kepada `Umar dan dia sendiri telah pergi ke
gudang baitul mal dan membawa ganduam kepada
ibu dan anaknya, bahkan tolong memasaknya.
Antara sifat tawadhu`, bahawa Khalifah `Umar al-Khattab memberi elaun
bulanan kepada isterinya untuk perbelanjaan harian, tetapi apabila diketahui
bahawa elaun yang diberinya itu berlebihan dari keperluan, maka elaun tersebut
dipotong kepada jumlah secukup yang diperlukan.
Sifat tawadhu` juga dikaitkan dengan
Khalifah `Umar Ibn al-`Aziz, bahawa beliau tidak menggunakan harta kerajaan
untuk urusan peribadi. Dikatakan pelita dinyalakan untuk urusan kerajaan, tetapi beliau
memadamkannya dan menggunakan pelita sendiri bagi urusan peribadi dan
persendirian.
Berkata Al-Fudhail bin `Iyadh, ``Siapa yang
melihat dirinya berharga, maka tidaklah digolong dari kalangan orang tawadhu`.
Aku mendengar kata Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata, aku mendengar Ibrahim
bin Fatik berkata ditanya Al-Junayd tentang tawadhu`, maka katanya ialah
merendahkan sayap diri dan menolong mereka yang memerlukan.``
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdil Rahman
al-Sulami berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdullah berkata, aku
mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata,
``Mengenal tentang al-tawadhu` ialah
kemuliaan dari segi tawadhu` yang berkait dengan taqwa dan bersifat qana`ah.``
``Aku mendengar, katanya, aku mendngar
Hasan al-Sawi berkata aku mendengar Ibn al-A`rabi, berkata kepada seorang
pemuda:.
`Semulia makhluk lima jenis: `Alim yang
zahid, faqih sufi, orang kaya yang tawadhu`, faqir yang bersyukur dan orang
mulia yang tidak menunjukkan kemuliaannya.``
Dan berkata Yahya bin Mu`adz, Tawadhu`
ialah elok kepada semua orang.
Berkata Ibn `At*a`: Tawadhu` ialah menerima
kebenaran dari mana jua.``
Tawadhu` dapat dikatakan bahawa seorang
yang merendhkan diri dari kedudukan sepatut yang dengan kedudukan ini bukan
bererti menghina diri. Sebaliknya dengan sifat tawadhu`seorang itu lebih tinggi
di pandang, ibarat kata pepatah,
``Harimau yang menyusur akan tidak
menghilankan bisanya.``
Tawadhu` adalah antara sifat akhlak yang
dipuji. Dia adalah kontras dari sifat takabbur dan riya` yang seorang itu
mengankat diri di kalangan orang ramai dengan memuji diri, yang mungkin apa yan
dipuji tidak benar seperti yang mau
digambarkan.
Tawadhu` adalah hasil dari didikan akhlak
yang tinggi. Sikap tawadhu` dihormati oleh semua pihak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment