BBB,
20 Sha`ban 1438H. = 17 Mei 2017M.
(Rabu):
Bab ini tidak disertai pembuktian dari pada
ayat al-Qur`an, biarpun di sana terdapat ayat-ayat Al-Qur`an berhubung dengan
zuhud seperti antaranya ayat yang bermaksud:
``Dan mereka adalah dari kalangan orang-orang
zahid.`` (Yusuf: 20).
Zuhud adalah termasuk di bawah kategori
maqam.
Al-Qushairy mengukuhkan pendapat dengan membuktikan dengan
Hadith Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh Hamzah bin Yusuf
al-Sahmi al-Jurjani, berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Husain bin `Ubaidillah
bin Ahmad bin Ya`qub al-Maqri di Baghdad, berkata, bercakap kepada kami Ja`far
bin Majashi` berkata, bercakap kepada kami Zaid bin Isma`il berkata, bercakap
kepada kami Kathir bin Hisham, berkata, bercakap kepada kami al-Hakam bin
Hisham daripada Yahya bin Sa`id daripada Abi Farwah daripada Abi Khallad dan
adalah baginya sahabat berkata, bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Apabila kamu melihat seorang lelaki
dikurnia zuhud di dunia dan bercakap, maka dekatlah dengannya, kerana ia
menyampaikan hikmah.``
Ini terjadi, lantaran kehalusan jiwanya,
mempunyai pengalaman-pengalaman yang berharga, lantaran itu bercakapnya beserta dengan hikmat-hikmat kata.
Dan berkata Al-Ustadz al-Imam Abu al-Qasim r.h.a. beberapa pendapat tentang zuhd. Antara mereka itu berkata:
Zuhud ialah pada perkara haram, kerana
perkara halal ialah harus, kerana ia perkara ni`mat yang dikurniai Allah
Subhanahu wa Ta`ala kepada hambanya dengan harta yang halal dan engkau
menyembahNya penuh syukur, dia mendapatnya secara ikhtiar dan tidak bercanggah
dengan hukum Allah.
Ada pula yang berpendapat, bahawa zuhud
ialah terhadap perkara yang haram adalah wajib dan pada halal ialah kelebihan.
Kerana pada yang halal ialah harta yang diusahakan secara betul dan sabar dan
redha dengan apa yang dikurniai Allah kepadanya.
Dan dikatakan zuhud ialah orang menggunakan
hartaya pada jalan ketaatan kepada Allah.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abd al Rahman
al-Sulami berkata,bercakap kepada kami Ahmad bin Isma`il al-Azdi berkata,
bercakap kepada kami `Amran bin Musa al-Asqanji berkata, bercakap kepada kami
al-Dauraqi, berkata, bercakap kepada kami Waqi` berkata, berkata Sufyan
al-Thauri berkata,
`Zuhud di dunia ialah dengan memendekkan
angan-angan. Bukan dengan memakan makanan yang keras dan bukan berpakaian
lusuh.``
Dan aku mendengarnya berkata,, aku
mendengar Sa`id bin Ahmad berkata, aku mendengar `Abbas bin `Is*am berkata,,
aku mendengar Al-Junayd berkata,, aku mendengar Al-Sari berkata,
``Allah merampas dunia daripada
wali-walinya dan menjaga kesuciannya dan mengeluarkan daripada hati mereka
kegemaran pada bersuka-suka, kerana Dia tidak meredhai mereka dengannya.``
Dan dikatakan zuhud berdasarkan firman
Allah bermaksud:
``Supaya engkau tidak kecewa dengan apa
yang luput dari kamu dan tidak gembira
dengan apa yang datang kepada kamu,`` (Al-Hadid: 23).
Maka orang zahid tidak suka kepada yang
bersifat keduniaan dan tidak duka dengan kehilangannya.
Berkata Yahya bin Mu`az, ``Zuhud mewarisi
sifat murah hati dengan pemilikan, manakala kasih mewarisi murah hati dengan
kerohanian.``
Berkata Al-Junayd, ``Zuhud ialah
mengosongkan hati, sebagaimana kosong daripadanya tangan.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,
aku mendengar Ahmad bin `Ali berkata, aku mendengar Ibrahim bin Fatik berkata,
aku mendengar Al-Junayd yang menyoalnya oleh Ruym tentang zuhd, maka katanya,
``Mengecilkan dunia dan menghapuskan kesannya daripada hati.``
Dan berkata Sari, ``Tidak elok kehidupan
seorang zahid yang bekerja untuk kepentingan diri dan tidak elok kehidupan
seorang `arif bekerja untuk dirinya.``
Disoal Al-Junayd tentang zuhud, katanya, ``Kosong tangan dari
pemilikan dan hati dari pengikutan.``
Disoal Shibli daripada zuhud, maka katanya,
`` Engkau zuhud pada perkara yang selain daripada Allah.``
Kata Yahya bin Mu`adz, ``Tidak sampai
seorang kepada hakikat zuhud, hingga ada padanya tiga perkara, ``Amalan yang
tidak ada `ilaqah, kata-kata yang tidak
ada ketamakan dan kemuliaan yang tidak menunjukkan kebesaran.``
Berkata Ahmad bin Hanbal, ``Zuhud ada tiga
wajah,
Pertama: Meninggalkan yang haram, ia adalah
zuhud orang awam,
Kedua: Tinggalkan kelebihan daripada yang
halal. Ia zuhud orang yang khas.
Ketiga:
Meninggalkan perkara yang menggaanggu hamba daripada Allah Ta`ala. Ia
zuhud para `arifin.``
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
berkata, bercakap kepada kami, `Ali bin al-Husain al-Mus*il, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin
al-Husain berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Hasan berkata, bercakap
kepada kami Muhammad bin Ja`far berkata, kami mendengar Al-Fudhail bin `Iyadh
berkata,,
``Allah menjadikan kejahatan keseluruhannya
di dalam satu rumah dan menjadikan kuncinya `cintakan dunia` dan menjadikan
kebaikan seluruhnya di dalam satu rumah dan menjadikan kuncinya `zuhud.``
Demikianlah intuisi kezuhudan menurut
perspektif kesufian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment