May 25, 2017

DUKA MENINGKATKAN KUALITI ROHANI


BBB,  27 Sha`ban 1437H. = 24 Mei 2017M. (Rabu):
Duka  adalah tekanan emosi yang berlaku pada diri disebabkan  oleh sesuatu hal, misalnya berlaku kematian orang  yang dikasihi, diri mengalami sakit yang berat, terpisah dari keluarga, kerugian di dalam perniagaan, kemalangan  dan sebagainya. Kesan dari dukacita menyebabkan berlaku kemurungan dan tangisan yang antara tanda-tandanya mengeluarkan air mata, hilang keceriaan, berubah sikap, tidak mau makan dan jika duka berterusan dan hilang selera makan boleh membawa kepada penyakit dan kematian. Dilihat dari segi kerohanian duka adalah positif dan jalan meningkatkan kualiti kerohanian.
Dari satu segi, tekanan dukacita boleh membawa pengajaran. Misalnya dulunya bersifat sombong bertukar menjadi insaf, kalau dulu angkuh dan tidak menghormati ibu bapa dan keluarga boleh bertukar menjadi baik. Begitu juga kalau dahulunya tidak mematuhi perintah Allah, maka melalui keinsafan  seorang  boleh menjadi  yang ta`at. Dukacita antaranya boleh menjadi mekanisme ke arah keinsafan dan mendekati diri kepada Allah.
Dalam memulakan pembicaraan tentang dukacita Al-Qushairy memetik firman Allah yang bermaksud:
``Dan mereka berkata, `Al-hamdulillah yang menghilangkan  dari kita dukacita.`` (Fat*ir: 34).
Berikutnya disertakan Hadith Rasulullah s.a.w. berhubung dengan duka:
Mengkhabarkan kepada kami `Ali bin Ahmad bin `Abdan, dia berkata, mengkhabarkan kami oleh Ahmad bin `Ubaid berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Hubaish berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin `Isa berkata, bercakap kepada kami Ibn Wahab berkata, bercakap kepada kami Umamah bin Zaid al-Laythi daripada Muhammad bin `Amrin bin `At*a` berkata, aku mendengar `At*a` bin Yasar berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Khudri  berkata, aku mendengar Rasyulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
`` Tidaklah daripada sesuatu yang mengenai hamba mu`min daripada  penderitaan  atau penyakit atau dukacita atau rasa sakit yang merisaukannya, melainkan dikaffarah oleh Allah Ta`ala daripada kesalahan-kesalahan yang mendukakannya.`` (Hadith Bukhari dan Muslim dari Abi Sa`id dan Abi Hurairah).
Sedih kata Al-Qushairy ialah hal yang dapat menyelamatkan hati daripada  tersesat di lembah kelalaian dan kedukacitaan. Sedih adalah merupakan antara sifat-sifat ahl al-suluk.
Berkata Bashar bin al-Harth, ``Duka ialah memiliki, apabila dia bertempat di suatu tempat, dia tidak redha yang lain bertempat padanya.``
Dan dikatakan bahawa hati apabila tidak ditempati duka, maka dia akan binasa, sebagaimana rumah apabila tidak diduduki boleh roboh.``
 Berkata Abu Sa`id al-Qurashi, ``Tangis duka boleh membutakan, tetapi tangis cinta mengembalikan penglihatan, sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan putih kedua matanya kerana duka, maka dia menahan ammarahnya (Yusuf: 84).
Berkata Ibn Khafif, ``Dukacita mengepung nafsu daripada bangkit bergembira.``
Mendengar Rabi`ah al-`Adawiyyah seorang laki-laki berkata, ``Alangkah dukanya.`` Maka katanya kepada lelaki, ``Alangkah kecilnya duka, kalau sebenar-benar duka nescaya engkau tidak bernafas.``
Berkata Sufyan bin `Uyaynah, ``Jika ada di kalangan kaum yang menangis, Allah mengasihi terhadap mereka yang sama simpati.
Dikatakan sedih menahan orang dari makan,  dan takut menahan orang dari melakukan dosa.``
Berkata Abu `Uthman al-Hiri, Duka dari mana wajah adalah fadhilat dan bertambah dengan syarat tidak berkait dengan maksiat.``
Berkata setengah shaykh, apabila salah seorang daripada mereka bermusafir,  jika disebutkan kepadanya duka, maka ucapkanlah kepada salam sejahtera.
Aku mendengar Al-Ustaz `Ali al-Daqqaq berkata, setengah daripada mereka berkata, `Ketika hari lembayung senja adakah bertukar hari kepada duka ?``
Dan Hasan Basri tidak melihat seseorang melainkan dia mengalami  musibah yang mendukakannya.
Berkata Waki`, apabila Al-Fudhail meninggal, dia berkata, hilang kedukaan pada hari ini dari bumi.
Dan berkata setengah al-salaf, ``Kebanyakan apa yang didapati oleh orang mu`min di dalam lembaran hariannya adalah kebaikan-kebaikan akibat dari rasa duka.
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Shirazi berkata, aku mendengar `Ali bin Bakran berkata,, aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Maruzi berkata, aku mendengar  Ahmad bin Abi Rauh berkata, aku mendengar bapaku berkata, aku mendengar Al-Fudhail bin `Iyadh berkata, adalah kalangan salaf berkata, ``Bahawa di atas sesuatu ada  zakat dan zakat akal ialah panjang duka.``
Aklu mendengar Shaykh Aba `Abd al-Rahman al-Sulami berkata,, aku mendengar Muhammad bin Ahmad al-Farra` berkata,, aku mendengar Aba al-Husain al-Warraq berkata,, aku bertanya kepada Aba `Uthman al-Hiri pada satu hari tentang duka, maka katanya,
``Orang yang duka tidak mempunyai masa untuk menyoal, engkau bersungguh dan bila mendapat pengalaman tentang duka, maka ketika itu bertanyalah.``
Demikianlah duka dilihat bukan sesuatu  yang negatif yang menahan perkembangan kerohanian, tetapi dilihat duku adalah wadah yang pentng di dalam menggarap pengalaman diri dan meningkat rohani. Duka adalah gelombang laut yang menghidupkan dan menginsafkan yang dapat meningkatkan kualiti rohani.

Sekian.

No comments:

Post a Comment