BBB,
10 Sha`ban 1438H. = 07 Mei 2017M.
(Sabtu):
Ketiga-tiga istilah di atas dapat didekati
secara ilmiah, selain dari pendekatan tasawuf. Menurut Al-Qushairy
istilah-istilah ini mencerminkan taraf keilmuan yang tinggi – Jika didekati
secara ilmiah.
Yaqin kata Al-Qushairy ialah ilmu yang tidak
dimasuki kepada minda seseorang sebarang keraguan tentang kemutlaqan yang
diyakini.
Adapun ilmu al-yaqin ialah keyakinan,
begitu juga `ayn al-yaqin ialah diri yaqin dan menurut Al-Qushairy, haqq al-yaqin juga nafsu (diri) al-yaqin.
Menurut
Al-Qushairy,
Adapun ilmu al-yaqin menurut kewajipan
istilah mereka itu, iaitu perkara yang
disertai dengan burhan, dan `ayn al- yaqin
apa yang dihukum oleh keterangan (al-bayan), dan haqq al-yaqin apa yang
disifatkan yang menyertai kenyataan.
Maka ilmu al-yaqin bagi mereka yang
mempunyai akal
Aynu al-yaqin bagi mereka yang mempunyai
ilmu
Dan haqqal-yaqin bagi mereka yang mempunyai
ma`rifat.
Al-Qushairi tidak menghurai lanjut tentang
istilah-istilah ini yang sepatut dapat diberi contoh dan huraian secara panjang
lebar.
Istilah-istilah di atas penting dan bukan
saja digunakan sebagai istilah tasawuf bagi
menerangkan aspek-aspek yang berhubung dengan tasawuf, tetapi istilah-istilah
di atas dapat digunakan di dalam berbagai-bagai ilmu – termasuklah ilmu akidah.
Di dalam penggunaan kepelbagaian ilmu
susunan pembicaraan seharusnya bermula dengan:
`Ayn al-yaqin, diikuti dengan ilmu al-yaqin
dan seterusnya haqq al-yaqin.
`Ayn al-yaqin adalah berada pada tahap
rendah dan sepatutnya tidak digandingkan dengan perkataan al-yaqin, kerana tahap kebolehpercayaannya lebih rendah dan
kadang-kadang boleh dipersoalkan.
Bermaksud `ayn, ialah salah satu panca
indera yang ada pada manusia iaitu `mata` (`ayn bererti mata) dan tarafnya
sebagaimana indera yang lain iaitu mendengar, mengecapi, merasa, mencium dan
melihat sendiri. Sememangnya salah satu cara mempastikan sesuatu adalah dengan
melihat seperti melihat sebuah rumah, kenderaan, pokok dan sebagainya yang dengan melihat kita
mengenali perkara-perkara tersebut.
Tetapi mata mempunyai
kelemahan-kelemahannya misalnya kepastian dan kejelasan bergantung pada jauh
dan dekat atau setakat mana kemampuan melihat seseorang, kalau matanya rabun
dan kelabu, penglihatannya tidak jelas dan tidak dapat melihat secara betul
secara perfect. Kadang-kadang mata dikelirukan , misanya jika diletak pensil
dalam sebuah gelas berisi air, maka kelihatan dari luar pensil bengkok, kerana
bias. Jadi penglihatan tidak lagi tepat.
Keadaan yang sama berlaku pada panca indera
yang lain. Misalnya mendengar sesuatu bunyi bergantung pada jauh dan dekat dan
bergantung pada kesihatan telinga seseorang. Kiranya telinga tidak jelas
pendengaran, maka pendengarannya tidak jelas, sebab itu kebolehpercayaan pada
pendengaran berlebih kurang dan tidak tepat.
Keadaan yang sama bagi indera hidung.
Hidung yang sihat tidak sama kemampuan mencerap bau dengan hidung orang sakit,
selsema umpamanya. Begiti juga indera kecapan seperti lidah, seorang yang sihat
mengecapi gula adalah manis, tapi bagi orang yang sakit, maka gula dirasanya
pahit. Begitu juga dengan sentuhan kulit bagi yang sihat berlainan dari kulit
orang yang sakit.
Pokoknya maklumat yang didapati melalui panca
indera ada menimbulkan keraguan dan tidak tepat. Sebab itu maklumat yang
didapati dari panca indera tidak tepat dan rendah dari segi keyakinan.
Adapun ilmu al-yaqin adalah dapatan yang
betul dan tepat. Ianya didasarkan pada akal dan bersifat rasional. Sesuatu yang
dinamakan ilmu adalah benar, dan jika tidak benar, maka dianya tidak dikatakan
ilmu. Berbagai kaedah bagi memastikan sesuatu itu betul dan bertaraf ilmu. Sebagai contoh ialah penggunaan kaedah
metamatik adalah merupakan kaedah yang betul dan menghasilkan jawapan yang
betul. Misalnya dengan menggunakan kaedah campur, tolak dan bahagi dapat
menghasilkan jawapan yang betul dan dapat diberi dengan angka yang tepat dan
tidak diragukan.
Selain dari menggunakan kaedah matematik,
ialah menggunakan kaedah logik, yang hampir kaedahnya dengan matematik yang
menghasilkan jawapan yang logik. Misalnya dalam membuktikan wujudnya Allah dan
bukti-bukti sifat-sifat-sifat wajibNya ialah dengan kaedah dalil, burhan dan logik yang mempunyai premis pertama
dan kedua dan natijah.
Kaedah yang lain ialah dengan menggunakan
kaedah-kaedah penyelidikan yang memberi jawapan yang tepat. Pendeknya `ilmu
al-yaqin adalah ilmu yang tepat dan diterima kebenarannya dan ia adalah
merupakan ilmu.
Haqq al-yaqin, haqq bererti benar dan hakikat, iaitu sesuatu adalah hak dan
benar. Dia adalah di atas bagi ilmu setelah terbukti dengan ilmu. Maka dia
adalah hakikat. Misalnya kewujudan Tuhan Yang Maha Esa adalah haqq dan hakikat
yang dibukti secara akli dan logik, maka dia adalah hakikat sebenarnya dan
tidak dipersoal dari segi benarnya.
Ketiga-ketiga tahap mempastikan kebenaran
sesuatu itu penting di dalam perbincangan keilmuan. Tarap dapatan secara pannca
indera adalah rendah dan oleh kerana dapatanya
berbeza, maka kebolehpercayaannya rendah dan tidak boleh dipercayai sepenuhnya
kecuali dengan sokongan kaedah keilmuan yang lain. Adapun taraf ilmu yang
dipastikan terutama berdasarkan kaedah rasional akal adalah menepati kebenaran
dan boleh diterima secara ilmiah. Adapun haqq al-yaqin adalah taraf yang telah
melalui ilmu dan diterima secara haqq. Ianya disandarkan bukan saja oleh akli,
tetapi juga rohani.
Sekian.
No comments:
Post a Comment