BBB, 15 Sha`ban 1438H. = 12 Mei 2017M.
(Juma`at):
Selepas
membicarakan tentang tokoh-tokoh sufi dan istilah-istilah mereka ,
Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya membicarakan tentang persoalan dan pengalaman kesufian, sebagai bab ketiga yang secara seturutnya 52 bab. Apa yang didekati
oleh Al-Qushairy ini telah didekati oleh seperti Al-Sarraj di dalam Al-Luma` dan Abu Bakar Muhammad al-Kalabadzi di dalam
Al-Ta`rruf li Madzhab Ahl al-Tasawwuf. Al-Sarraj dengan jelas menjelas dan
membezakan antara al-maqamat dan al-ahwal, tetapi Al-Kalabadzi tidak memecahkan
pembahagian kepada maqam dan hal. Keadaan yang sama bagi Al-Qushairy. Di dalam
52 bab seterusnya adalah bercampur dengan konsep maqamat dan ahwal dan aspek-aspek
yang lain. Lantaran itu bagi merangkumkan semua bab ini kita letakkan semuanya di bawah Persoalan
Dan Pengalaman kesufian. Dari 52 bab, ianya bermula dengan :
Bab Al-Taubah
Bagi setiap bab bagi persoalan dan
pengalaman kesufian ini diberi huraian yang panjang yang memakan ruang beberapa
halaman, berbanding huraian bagi istilah-istilah yang telah dibicarakan memakan
ruang yang agak pendek dan terhad. Bagi satu halaman dibicarakan beberapa
istilah.
Pendekatan yang digunakan bahawa bagi
setiap persoalan antaranya dimulakan dengan ayat Al-Qur`an yang berhubung
dengan topik. Al-Qushairy menggunakan gaya Hadith bagi meriwayatkan kata-kata
tokoh yang diambil pendapat mereka
berhubung dengan persoalan yang dibicarakan.
Persoalan taubah adalah termasuk di bawah
maqam, bahkan ianya berkedudukan pertama bagi
persoalan maqam.
Untuk persoalan maqam taubah ini
Al-Qushairy memetik ayat Al-Qur`an tentang taubah, iaitu: bermaksud:
``Hendaklah kamu bertaubat kepada Allah
kesemua wahai orang-orang mu`minin semoga kamu berjaya.`` (Al-Nur: 31).
Kemudian Al-Qushairy memetik Hadith
Rasulullah s.a.w. berhubung dengan taubat,
lengkap dengan rawi dan sanad:
Mengkhabarkan kami Abu Bakar Muhammad bin
al-Husain bin Faurik berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin Mahmud bin Kharraz
berkata, bercakap kepada kami, Muhammad
bin Fadhl bin Jabir berkata, bercakap kepada kami Sa`id bin Abdullah, berkata,
bercakap kepada kami Ahmad bin Zakariyya berkata, bercakap kepada kami bapaku,
berkata, ``Aku mendengar Anas bin Malik berkata,aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, bermaksud:
``Orang yang bertaubat daripada dosa,
seperti orang yang tidak ada dosa baginya. Dan apabila Allah menyukai seseorang
hamba, tidak memudharatkannya dengan dosa,`` Kemudian Baginda membaca (ayat Al-Qur`an) bermaksud:
``Allah suka orang yang bertaubat dan suka
orang yang bersih.`` (Al-Baqarah: 222). Baginda ditanya, ``Apa alamat taubat ?
Baginda bersabda ``Menyesal.``
Konsep taubah ini diperkukuhkan lagi dengan
Hadith Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh `Ali bin Ahmad bin
`Abdan al-Ahwazi berkata, mengkhabarkan kami Abu al-Husain bin Ahmad bin `Ubaid
al-S*aqqar, mengkhabarkan kami Muhammad bin al-Fadhl bin Jabir, mengkhabarkan
kami oleh Al-Hakam bin Musa berkata, mengkhabarkan kami oleh Khassan bin `Ubaid
daripada Abi `Atikah T*arif bin Sulaiman daripada Anas bin Malik bahawa Nabi
s.a. w.a.w.s. bersabda bermaksud:
``Tidak suatu yang lebih disukai Allah
daripada seorang pemuda yang bertaubat.``
Berkata Al-Qushairy, ``Taubah ialah awal manzilah daripada manazil
para salikin dan seawal-awal maqam daripada maqamat yang menuntut.``
Dan hakikat taubat dari segi lughah `Arab
ialah kembali, dikatakan `dia bertaubat, bermaksud `Dia kembali`.
Dan taubah ialah kembali daripada perkara
yang keji dari segi shari`at kepada apa yang terpuji padanya, sebagaimana sabda
Nabi s.a.w. ``Sesal ialah `Taubah`.
Maka tokoh-tokoh Usul daripada Ahlu al-Sunnah, mereka berkata,
Syarat sah taubah tiga perkara,
Kesal di atas apa yang dilakukan dari
kesalahan-kesalahan
Meninggal kesalahan dalam keadaan semasa
(al-hal), dan
Berazam tidak kembali kepada melakukan
seumpama apa yang telah dilakukan daripada perkara-perkara ma`siat.
Berkata Al-Junayd taubat perlu tiga
perkara:
Pertama kesal, kedua azam tidak kembali
kepada apa yang ditegah Allah dan berusaha menurut jalan yang betul.
Berikutnya dipetik dari berbagai pendapat
tokoh sufi yang pendapat mereka sebagai mengulas firman Allah dan sabda
Junjungan, bahawa taubat adalah persoalan penting di dalam kehidupan dan setiap
orang tidak sunyi dari melakukan kesalahan. Bagi sufi taubat adalah keperkuan
awal dan utana sebagai permulaan melangkah ke gerbang kerohanian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment