BBB, 23 Sha`ban 1438H. = 20 Mei 2017M. (Sabtu):
Bandar Baru Bangi (BBB) mulai dihuni pada
akhir November 1977 berikut dari perpindahan Universiti Kebangsaan Malaysia
dari kampus sementaranya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur ke kampus tetap
(Induk) di Bangi. Tahun 2017 kini bererti usia BBB yang dikatakan sebagai
pemangkin kemajuan bagi UKM dan sebaliknya adalah 40 tahun. Perasmian sambutan
40 tahun usia BBB telah diadakan oleh
Persatuan Penduduk BBB pada Ahad 16 April 2017 = 19 Rajab 1438H. bertempat di tepian Tasik Cempaka, Seksyen 9,
BBB. Perasmian dilakukan oleh ADUN Bangi Ustaz Shafie Ngah yang dihadiri
antaranya Tuan Haji Sufi Munasir YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Tan
Sri Mohd Nor Ismail Pengerusi Koperasi
Penduduk BBB, Dr. Tajul Ariffin Noordin Mantan YDP Persatuan Penduduk BBB, Tuan
Musa Ketua Polis BBB dan tamu-tamu jemputan. Majlis sekadar pelancaran.
Daripada pelancaran ini yang turut dihadiri Penulis yang kemudian hadir ke
Pasar Buku di bawah bangunan Perpustakaan BBB pada Sabtu 22 April 2017 atas
jemputan, membawa kepada perbincangan Penulis dengan pengendali Pasar Buku yang
dikenali dengan PABUBA (Pasar Buku Bangi) untuk mengadakan kegiatan bagi 40
tahun BBB – antaranya mengadakan wacana ilmiah, sebagaimana telah diadakan
banyak kali pada masa Penulis menjadi ADUN Bangi (2008-2013) bertempat di Tasik
Cempaka dan beberapa tempat yang lain. Hasil dari perbincangan ringkas membawa
kepada beberapa mesyuarat yang di adakan di pejabat Penulis yang terdiri dari
wakil-wakil seperti Sekretariat Bangi Bandar Ilmu, Persatuan Penduduk BBB,
PABUBA, Sekretariat Kenegaraan dan Pemerkasaan Kominiti Negeri Selangor, Masjid
al-Hasanah yang menghasilkan keputusan mengadakan wacana ilmiah pada hatri ini.
Pada hari ini Sabtu 20 Mei 2017 adalah
merupakan siri pengisian Sambutan 40 tahun BBB, iaitu dengan mengadakan Wacana
Ilmiah berhubung dengan 40 Tahun BBB
bertempat di pinngir Tasik Cempaka, iaitu tempat yang sama semasa pelancxaran
sambutan. Siri sambutan ini dianjurkan secara bersama oleh Pasar Buku Bangi
(PABUBA), Persatuan Penduduk BBB, Sekretariat Bangi Bandar Ilmu dan Sekretariat
Kenegaraan Dan Pemerkasaan Komuniti Negeri Selangor.
Pengisian Wacana Ilmiah ialah dengan ucapan
perasmian oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin Mantan YDP Persatuan Penduduk BBB.
Pembentang Kertas Kerja Pertama, 40 Tahun
BBB: Cabaran oleh Dr. Shafie Abu Bakar
Pembentang Kertas Kerja Kedua bertajuk,
Kecendikiawanan BBB, oleh Profesor Ameritus Dr. Shahrir Mohd Zain dan
Kertas Ketiga: Sains Dan Teknologi Eropah Ke Alam Melayu oleh Dr. Alinor bin
Abdul Kadir dari UKM.
Peserta-peserta yang hadir terdiri dari
jemputan-jemputan dan mereka yang datang exercise dan jogging dan
pembeli-pembeli di Pasar Buku yang dianjur oleh PABUBA yang telah menjalankan kegiatannya beberapa
kali sebelum ini di bawah bangunan Perpustakaan BBB. Wacana Ilmiah ini
dimoderator oleh saudara Mohd Firdaus Zulkifli, Pegawai Program, Sekretariat
Kenegaraan Dan Pemerkasaan Komuniti Selangor. Turut diadakan Kuis 40 Tahun BBB
yang dikendalikan oleh saudara Amir Othman dari Sekretariat Bangi Bandar Ilmu.
Dalam Ucapan Perasmiannya Dr. Tajul Ariffin
Noordin mengucapkan terima kasih di atas jemputan kepada penganjur wacana
Ilmiah dan Penjualan Buku (PBUBA) dan mengharapkan kegiatan sedemikian akan
berterusan. Menurutnya kegiatan seumpama ini pernah diadakan dahulu (wacana)
dan menurutnya amat memberi manfaat kepada masyarakat, lebih-lebih lagi adanya
penjualan buku, termasuk mereka yang datang exercise dan jogging pada pagi
Sabtu seperti ini, kerana selepas exercise dan jogging mereka dapat mengikuti
wacana bagi pengisian minda. Berhubung dengan Sambutan 40 tahun BBB, menurutnya
sejarah BBB banyak terdapat di dalam
buku Bangi Bandar Ilmu, termasuk sejarah bila mulanya Bangi dihuni yang kita
sambut pada pagi ini.
Menurut Dr. Tajul di BBB ini banyak
terdapat pasar malam (Sabtu dan Selasa), termasuk Pasar Tani (Khamis), uptown,
kita seolah-olah amat mementingkan makanan fizikal dan kurang memberi perhatian
pada makanan minda. Beliau menganjurkan agar satu hari dalam seminggu
diperuntukkan kepada pasar buku, atau ruang-ruang disediakan untuk pasar buku
pada pasar-pasar malam atau Pasar Tani. Pasar buku yang dianjurkan adalah
terbuka kepada mereka yang hendak menjual buku milik sendiri atau yang dikarang
sendiri atau syarikat-syarikat yang menerbitkan buku. Beliau membuat contoh
yang ada di Jogjakarta dan beberapa bandar di Indonesia yang mewujudkan
pasar-pasar buku, atau terdapat deretan kedai-kedai buku di kota-kota tertentu.
Beliau juga mencadangkan diwujudkan kios-kios buku yang anak-anak muda dapat
mengendalikannya bagi mencari pendapat dan menghidupkan budaya ilmu, khususnya
di BBB. Beliau merasmikan wacana Ilmu dan juga Pasar Buku Bangi.
Kertas pertama pembentangan oleh Dr. Shafie
Abu Bakar ialah berkait dengan cabaran yang dihadapi oleh BBB sehingga berusia
40 tahun. Beliau bercakap atas pengalamannya sebagai mantan ADUN Bangi.
Masalah-masalah yang dihadapi di BBB ialah:
Konsep Bangi Bandar Ilmu kini menjadi
identiti bagi BBB, namun kelihatan berbagai pihak lebih bergiat secara sendiri.
Misalnya tidak ada kerjasama dan kegiatan ilmiah secara bersama, terutama dari
istitusi-institusi pengajian tinggi yang berada di sekitar Bangi, yang ketara
ialah kegiatan melalui masjid-surau dan badan-badan NGO sebagaimana yang
berlaku pada pagi ini. Kegiatan keilmuan perlu dipertingkatkan sebagaimana yang
diharapkan oleh Dr. Tajul sebagaimana dalam ucapan perasmian. Beliau juga
membangkitkan soal isu lalulintas di BBB dan mencadangkan supaya dibina
jejambat di beberapa bulatan di BBB bagi mengurangkan kesesakan, beliau juga
membangkitkan isu kebersihan BBB yang tidak berkesudahan, masalah pentadbiran,
masalah lalulintas. Beliau mengharapkan Bangi sewajarnya menjadi Bandar Taman,
perlunya ada kompleks bagi kegiatan kemasyarakatan, keilmuan dan berbagai
kegiatan budaya di BBB. Kompleks seperti ini pernah dijanjikan untuk didirikan
di tepi Tasik Cempaka, tetapi hingga kini belum dilaksanakan. Beliau juga
membangkitkan masalah hartanah di BBB yang melambung tinggi yang di luar dari
kemampuan dan mengharapkan BBB diperluaskan persempadanan hingga ke sempadan
Bukit Mahkota, Sungai Ramal Dalam dan juga Pekan Bangi hingga ke jalan Reko.
Kependudukan dan perumahan perlu disusun rapi dengan harga hartanah di dalam
kemampuan penduduk, kalau tidak mereka terpaksa berhijrah ke luar-luar.
Beliau juga berharap BBB mempunyai identiti
tersendiri, khususnya sebagai Bandari Ilmu, bersih, selesa dan aman. Beliau
mahu publisiti tentang Bangi diberi sehingga ianya berada di dalam peta
pelancungan yang mempunyai daya tarikan kepada pelancung-pelancung, terutama
dari segi keilmuan. Beliau berharap semua pihak dapat memberi kerjasama di
dalam meningkatkan kualiti BBB yang menjadi bandar istimewa dan suka
dikunjungi.
Pada akhir sesi pembentangan kertas `40
Tahun BBB: Cabaran`` saudara Amir Othman dari Sekretariaht Bangi Bandar Ilmu
menjalankan KUIS tentang BBB. 7 peserta
berjaya menjawab soalan dan hadiah-hadiah berupakan buku – Bangi Bandar Ilmu` dihadiahkan kepada yang
memberi jawqapan yang betul.``
Bersambung.
No comments:
Post a Comment