BBB, 24 Sha`ban 1438H. = 21 Mei, 2017M.
(Ahad):
Seorang lagi pembentang kertas kerja sempena 40 tahun BBB bertempat di
pinggir Tasik Cempaka, Seksyen 9, BBB, ialah Prof Dr. Shahrir Mohd. Zain Prof. Emiritus
Matematik UKM (Mantan).
Pengasas Akademi Sains Islam, Malaysia itu memulakan pembicraan dengan mengemukakan
pertanyaan, `Siapa Itu Cendekiawan ?`
Menurutnya semua ilmuan adalah
cendekiawan. Juga ilmuan atau cendekiawan adalah `ulama, namun
kini semacam dibedakan dan dilebalkan oleh pihak tertentu, bahawa,
`` `Ulama` ialah mereka yang berpengajian
agama (Islam) dan berkelayakan mengajar dan menyampaikan ceramah dan memberi
jawapan terhadap persoalan-persoalan yang berhubung dengan agama.``
Menurutnya ini berbeza dengan pandangan
dalam tradisi Islam, bahawa `ulama` ialah yang `takut` kepaa Allah mendalam dalam
bidang agama dan menintegrasikannya
dengan keilmuan-keilmuan yang lain. Maka dengan itu `ulama juga diberi kepada
tokoh perubatan, fizik, matematik juga bidang sosial dan sebagainya. Beliau
juga menyebut sebuah lagi istilah, iaitu `ulu al-bab` yang juga bermaksud
`ulama` - Seseorang yang berakal.
Menurut Prof. Shahrir, Di Malaysia kini
terdapat lebih kurang 1,500 profesor. Daripada jumlah tersebut 50 orang
daripada mereka terdapat di BBB. Mereka
adalah dari berbagai-bagai universit di Bangi dan sekelilingnya (19 buah
universiti) yang menetap di BBB. Profesor-profesor ini sebagaimana bagi jumlah
keseluruhan dapat dikategorikan kepada tiga.
1) Profesor elitis individualis
2) Profesor hambawan (hamba yang mau mengambil
hati pemerintah)
3) Profesor Komited (cakna masyarakat).
BBB yang dibuat penyelidikan (1998) adalah
bandar yang paling tinggi pendapatan per kapita Melayu Islam di Malaysia), dan
mugkin di dunia, tambah profesor Shahrir, mereka adalah terbahagi kepada tiga kategori di atas.
Jumlah paling ramai profesor di BBB ialah dari kelompok pertama, lebih kurang 60%n
ialah cendekiawan –profesor elitis individualis. Mereka ini disifatkan berada
di menara gading dan tidak turun kepada masyarakat. Mereka terasing dan mementingkan
kejayaan individu yang menghasilkan kajian-kajian, merumus teori dan menerbitkan
buku-buku dan mengejar KPI seperti profesor, profesor emeritus dan gelaran-gelaran
yang lain yang menunjukkan prestasi tinggi mereka dari segi akademik dan
kedudukan di tengah masyarakat. Mereka tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak. Ia juga sebagai jalan selamat
bagi kedudukan mereka.
Prof. Dr. Shahrir menyebut profesor hambawana (daripada perkataan hamba)
sebagai kategori kedua yang dijangka dalam lingkungan 30% daripada mereka
bermaksud mereka yang berjwa hamba, bahkan bersifat feudal, yang sanggup turut
tunduk kepada pihak berkuasa, kerana menjaga kedudukan, bahkan kerana mau
mendapat kedudukan, walaupun tidak layak, tetapi dengan kepatuhan dan ikut apa
yang disuruh dan mencari apa yang dapat dijadikan mekanisme mendekati pihak
atas digunakan bagi mendapat kedudukan. Pada satu peringkat mereka sanggup
menjual maruah mereka menjadi `penulis upahan` bagi mendapat kedudukan,
walaupun diketahui sikapnya bercanggah dengan kebenaran. Menurut profesor
Shahrir, termasuk mereka yang mencari kesempatan yang sedemikian ialah sebahagian
golongan wartawan dan sasterawan, yang antaranya terkenal sebagai hambawan upahan.
Kategori ketiga ialah profesor yang komited
turun membela masyarakat dan berusaha
menegakkan kebenaran, walaupun terpaksa menentang pihak establishment. Menurut Prof. Shahrir,
untuk mendapat profesor yang komited dan cakna masyarakat ini adalah sukar.
Beliau menyebut dari 50 profesor yang
berada di Bangi agak sukar bagi mendapat beberapa orang sahaja daripada mereka.
Mungkin sebahagian daripada mereka sedar tentang kebobrakan, penyelewengan dan
sebagainya, tetapi tiada keberanian untuk bertindak. Mereka lebih takut kepada
tekanan dan lebih suka bersikap diam. Prof. Shahrir menyebut beberapa contoh
yang mungkin tidak wajar disebut di sini. Beliau menyebut beberap isu yang
takut diperjuangkan sebagai contoh satu masa dulu ialah soal PPSM, soal bahasa
Melayu yang sudah tidak disokong oleh setengah Melayu dan sebagainya.
Di atas merupakan pandangan Prof. Sharil,
namun boleh dipersoalkan dari segi falsafah berhubung dengan ilmu, misalnya ``Ilmu kerana ilmu, Ilmu kerana masyarakat jagat dan Ilmu kerana
Allah ?.``
Dalam sesi soal jawab, Prof Shahrir ditanya
tentang bagaimana mau bertindak menentang
ketidakadilan dan penyelewengan. Prof Sharir menjawab paling penting
ialah menentang dengan hujah ilmiah yang fakta-fakta sebagai hujah bagi
menjelaskan sesuatu persoalan.
Beliau menekankan, bertindak secara
perseorangan kurang berkesan yang mungkin membahayakan diri. Apa yang lebih
baik hendaklah bergerak secara kumpulan di dalam badan-badan seperti NGO dan
sebagainya. Dengan secara badan persatuan lebih didengari dan diambil tindakan.
Berhubung dengan persoalan perjuangan
Melayu Islam dan Islam Melayu yang
ditimbulkan oleh Dr. Tajul, Ariffin Noordin, beliau bersetuju dengan pendekatan
dan perjuangan berasaskan Islam-Melayu yang lebih luas ruanglingkup seluas Islam itu sendiri,
tetapi dengan Melayu-Islam adalah terhad dan terikat. Berhubung dengan istilah dan konsep `ulama, beliau sekali lagi menjelaskan ianya perlu bersifat terbuka, ianya bukan
khusus bagi yang di dalam agama, tetapi juga di dalam bidang kemanusiaan,
perubatan, matematik dan lain-lain sebagaimana maknanya yang asal dengan syarat
ulama` berkenaan turut menguasai bidang keislaman secara integrasi. Beliau juga
berpegang pada pendapat memasyarakatkan ilmu selari dengan pendapat perlunya
komitmen ilmuan terhadap kebenaran dan aplikasinya terhadap masyarakat –
sebagai jawapan kepada salah satu soalan yang ditimbulkan.
Berhubung dengan soalan tentang manuskrip
Melayu yang berjumlah 15,000 buah yang kebanyakan di luar negara setakat ini hanya 5,000 saja dikaji. Menurut
Prof. Shahrir, soal di mana manuskrip berada, tidak menjadi masalah kini boleh
diakses dan terbuka, masalah tidak ramai yang berminat. Beliau juga ditanya
tentang konsep `khashyah` yang dikaitkan dengan `ulama. (Firman Allah
bermaksud: Adapun yang takut kepada
Allah daripada hambanya ialah `ulama` - Fat*ir:
28).
Sekali lagi beliau berpendapat, tidaklah
bermaksud hanya `ulama` agama, tetapi juga di dalam berbagai-bagai bidang
dengan syarat dia juga mempunyai asas pegangan keagamaan.
Catatan: Istilah `Takut` (khauf,
khashyah dan taqwa berbeza maksud dari segi kesufian:
Khauf =
Takut yang menyebakan seorang lari dari yang ditakuti
Khashyah
= Takut yang menyebabkan seorang pergi kepada yang ditakuti.
Taqwa: Membuat segala yang disuruh dan
menjauhi segala yang dilarang.
Sekian. (Bersambung).
No comments:
Post a Comment